Kumpulan Belia Masjid Senegara semarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri



​​


Berita dan Foto : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 April. - Kumpulan Belia Masjid Senegara buat julung kalinya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara Sesi 2024-2026 dan Penyampaian Sijil bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara Sesi Tahun 2022-2024 yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Hadir dan seterusnya menyampaikan surat lantikan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara Sesi 2024-2026 ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Awang Haji Muzaffar bin Haji Marsidi, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu selaku Pengerusi Bersama.

 

Acara kemudiannya diakhiri dengan sesi beramah mesra bersama Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), KHEU.

 

Majlis antara lain diadakan untuk sama-sama menyambut Aidilfitri di bulan Syawal dengan penuh kesyukuran serta untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara sesama ahli jawatankuasa dan para jemputan yang hadir.

 

Ia dihasratkan agar dapat memberikan hasil yang positif dan manfaat kepada para jemputan yang hadir di sambutan tersebut, di samping memperoleh keberkahan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dunia dan akhirat.

 

Close